Luna Maya doakan Ariel Noah bahagia


Pengacara terkenal Luna Maya dikatakan tidak mahu memberikan komen dengan lebih lanjut saat ditanya mengenai hubungan bekas kekasihnya, Ariel Noah yang dikatakan menjalin cinta dengan Pevita Pearce.

Bagaimanapun, wanita jelita berusia 35 tahun itu dilihat menunjukkan ekspresi wajah terkejut apabila dikhabarkan mengenai hal berkenaan.

“Ah wow! Apa yang mesti dijawab?

“Mereka padan, sangat padan. Ya, saya tak tahu. Semoga maju jaya,”katanya ringkas seperti dilaporkan portal KapanLagi.





Post a Comment

Previous Post Next Post