Lepas pantang Faye Kusairi kembali berlakon


Pelakon, Faye Kusairi yang baru sahaja tiga bulan melahirkan zuriat pertama memberitahu dia bakal kembali berlakon selepas habis tempoh berpantang.

Pada masa sama isteri kepada pengarah, Azmi Hatta, dia juga mengambil peluang berehat itu dengan berkarya.

"Buat kalian yang tertanya tanya, Faye masih mahu kekal dalam bidang seni ni?

"Ya. Masih... inshaALLAH, jika diberi peluang utk bekerja semula selepas rehat seketika sebab mengandung dan berpantang, memang Faye akan kembali berlakon semula.

"Sementara menunggu peluang untuk kembali di depan kamera, Faye banyak juga luangkan masa menulis sinopsis untuk drama dan telemovie," tulis Faye.





Faye, juga merakamkan kesyukurannya apabila hasil gambungan idea bersama suaminya bakal disiarkan tidak lama lagi.

"Alhamdulillah.. 1st telemovie idea asal gambungan saya dan suami bakal ke udara di Ntv7 berjudul "Formula Cinta", Lakonan Aprena Manrose dan Isa Khan. Nantikan ya!," coretnya teruja.

Pelakon Faye Kusairi dan suaminya, Azmi Hatta selamat diijabkabul pada 9 April 2017 dan menyambut kelahiran bayi sulung lelaki mereka pada 9 April 2018.

Post a Comment

Previous Post Next Post