Penyanyi dan pelakon, Kaka Azraff akui dia tidak mudah melatah setiap kali diajukan soal mengenai jodoh.
Sebaliknya, kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 29, berkata dia berasa lebih dihargai apabila ditanyakan soalan sedemikian.
"Saya tidak pernah rasa rimas apabila orang sekeliling selalu bertanya bila saya mahu mendirikan rumah tangga," katanya.
Penyanyi lagu Sibuk itu hanya menjawab pertanyaan seperti itu dengan tenang saja.
"Sebagai artis, peminat pasti ingin tahu status terkini saya. Berbeza dengan individu lain, saya rasa dihargai kerana ia menandakan orang sekeliling prihatin terhadap saya," katanya.
Ujar Kaka lagi, dia ingin mencari lelaki yang boleh memahami kerjayanya dan memberi keutamaan terhadap keluarga.
"Paras rupa bukan keutamaan, paling penting dia memahami.
"Ibu tidak pernah memberi tekanan kepada saya untuk mencari pasangan hidup kerana dia tahu saya sentiasa sibuk," katanya.