Penyanyi, Aiman Tino, 20, tidak menafikan dirinya menggunakan barangan berjenama tiruan seperti yang tular hari ini.
Menurutnya, ada antara barangan berjenama itu sukar untuk didapatkan di negara ini.
"Ya, saya akui ada memakai barangan berjenama yang tidak 'original'. Saya tak malu mengaku dan kalau orang nak hakimi saya pun, saya tak kisah.
"Ada antara barangan berjenama yang 'original' atau asli sukar untuk didapatkan di Malaysia. Ada juga memang tidak dijual di sini," katanya.
Namun, penyanyi lagu Ku Sesat Dalam Rindu itu menegaskan bahawa dia tidak menyokong penjualan barangan tiruan.
"Saya memakai barangan tiruan tapi tidak menyokongnya 100 peratus. Ada antara barangan itu diberikan peminat sebagai hadiah.
"Lagi satu, ia adalah untuk penampilan. Kalau setakat pakai sekali, rasa membazir pula kalau beli mahal-mahal. Jadi, yang tiruan pun sudah memadai," katanya.
Aiman meminta maaf sekiranya tindakannya memakai dan menggunakan barangan berjenama tiruan membuatkan ada pihak yang 'sakit mata'.
Selain Aiman, beberapa selebriti lain juga dikatakan menggunakan dan memakai barangan berjenama tiruan antaranya Emma Maembong dan Janna Nick.
Berita itu tular di media sosial apabila ada individu yang membuka akaun di Instagram dan menularkan gambar selebriti yang memakai serta menggunakan barangan berjenama tiruan.
Lazada (MY)