Ikhlas Jalil Semoga Ikhlas cepat sembuh


Pelakon dikenali melalui drama Cinta Si Wedding Planner, Ikhlas Jalil, 26, patah pergelangan tangan kanan akibat terjatuh ketika bermain bola, hari ini.

"Ketika sedang menggelecek bola dalam keadaan laju, saya terjatuh dan menggunakan tangan kanan untuk menampung impak jatuh, malangnya ia menyebabkan pergelangan tangan patah.

"Saya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan dan tangan terpaksa disimen serta memakai anduh," katanya ketika dihubungi Harian Metro, sebentar tadi.

Disebabkan kecederaan dialami, doktor menasihatinya untuk berehat daripada melakukan aktiviti berat selama sebulan.

Ikhlas bagaimanapun bersyukur kerana kejadian berlaku ketika dia tidak terbabit dengan sebarang projek lakonan.





Katanya, andai dia masih dalam proses atau bakal memasuki set penggambaran dalam tempoh terdekat ini, ia pasti akan menyusahkan pihak produksi.

"Harap-harap tulang cepat bercantum dalam tempoh kurang sebulan, jadi boleh cepat buka simen dan bekerja seperti biasa," katanya.

Drama terakhir lakonan Ikhlas adalah Teratai Kemboja yang disiarkan di slot Zehra, TV3 pada April lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post