![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-XHIyuGpNy3iOyZ4sxnLkYEPfCMWtbeaNV4ywyZcoHTM3a52VpWpEaILNkf_vqW4fgqNfPlewvMCXc7vB3XMp7Puzb8SOCQjTF5n7chxrShlhdaX6GcyaisZMxTaKN_rKUlRwWAKma-o/s1600/Hanez+Suraya.jpg)
Sebelum ini ramai yang bertanyakan bagaimana aktres Hanez Suraya segera ramping selepas bersalin.
Menurut pelakon yang popular dengan drama Love You Mr Arrogant itu, dia hanya mengamalkan pengambilan makanan laut sahaja.
"Ramai yang bertanya macam mana saya jaga badan, macam mana saya boleh kurus? Apa yang saya makan?
"Selain minum air suam dan lemon, apa lagi tips yang saya boleh kongsikan? Ada ambil apa-apa supplement tak?
"Untuk pengetahuan semua, selain amalkan air suam dan lemon, saya juga amalkan minum greentea, saya tidak minum air manis, saya tidak makan ayam dan daging. Saya hanya makan ikan dan seafood sahaja," tulisnya di Instagram.
Ibu kepada seorang anak perempuan bernama Puteri Aleesya ini turut menjelaskan sebab mengapa dia hanya makan makanan laut sahaja.
"Semenjak saya rasa diri ini ada anxiety semua benda saya takut nak makan. Saya rasa kalau makan nanti tiba-tiba akan risau seharian.
"Jadi untuk elak saya asyik takut, baik saya elakkan. Sekarang dah dua tahun tak makan ayam dan daging.
"Sebab itu saya kurus kot dan tidak ambil apa-apa supplement untuk kurus. Saya rasa ini je kot yang saya belum kongaikan dengan anda smua," jelasnya.
Rata-rata netizen memuji dengan kelangsingan bentuk figura berusia 33 tahun itu.