Fatin Afeefa Tak bagi nafkah anak dah setahun, tak malu pula


Sejak seminggu lalu, aksi menari di depan kereta yang bergerak atau dikenali sebagai ‘Keke Challenge’ yang tercetus dari lagu In My Feelings nyanyian Drake, telah menarik perhatian ramai.

Tidak ketinggalan golongan selebriti tanahair yang turut mencuba aksi tersebut dengan gaya mereka yang tersendiri sehingga menjadi tular.

Meski ia hanya dilakukan untuk suka-suka, ternyata bukan semua pihak yang menyenangi aksi tersebut yang dianggap sebagai sesuatu pengaruh yang tidak sihat malah mampu membahayakan si pelaku.

Pelakon Adam Shahz baru-baru turut menyuarakan pendapatnya berhubung aksi tersebut di mana pelakon filem Juvana itu merasakan golongan selebriti tidak seharusnya terikut-ikut dengan cabaran tarian itu.

Malah menurutnya, selebriti sepatutnya memberikan contoh yang baik buat masyarakat.

Bagaimana kenyataan Adam telah menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak yang melihat aksi tersebut dengan pandangan yang berbeza.

Apa yang menarik perhatian, bekas isterinya, Fatin Afeefa yang turut menyahut cabaran Keke Challenge sebelum ini dilihat seperti tidak bersetuju dengan pandangan tersebut apabila menempelak Adam dengan mengaitkan kenyataan itu dengan isu nafkah anak di laman Twitternya.

“Amboi.. orang ber’kekedance’ cakap memalukan agama dan bangsa. Kau tak bagi nafkah anak dah setahun, tak malu pula. Hahaha.. dasar hipokrit,” tulisnya.

Dalam perkongsian yang sama, Fatin turut memberitahu dia menyediakan sendiri keperluan anak-anaknya tanpa mengharapkan bekas suaminya.

“Alhamdulillah, setakat ini anak-anak cukup makan, susu serta pampers. Saya guna duit sendiri, tak mengemis dari ‘bekas’ walaupun dalam agama memang tanggungjawab si dia dan tak perlu diajar atau diberitahu,” ujarnya.





Biarpun tidak menyebut nama, namun semestinya ramai yang tahu kepada siapa kenyataan tersebut ditujukan.

Berikutan itu Adam menjawab status yang ditulis bekas isterinya itu dan menjelaskan apa yang disuarakan sebelum ini dibuat secara umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa.

“Ramai yang terkesan dengan tulisan saya. Maaflah ya, saya tak tujukan pada sesiapa. Saya tulis umum untuk semua dan saya sendiri.

“Disebabkan saya tak sempurna, maka saya memperingatkan untuk saya juga. Yang terasa tu, faham-faham jerla. Mentaliti kamu lebih rendah dari pengemis,” balas Adam.

Post a Comment

Previous Post Next Post