Bapa tiri Ewal AF meninggal dunia


Bapa tiri kepada penyanyi Ewal iaitu Rusman Yahya meninggal dunia kira-kira jam 2.10 pagi tadi.

Berita itu diumumkan Ewal atau nama sebenarnya Ikhwal Hafiz Ismail menerusi Insta Storiesnya.

"Dukacita dimaklumkan ayah tiri saya, Rusman Yahya sudah kembali ke rahmatullah pada jam 2.10 pagi tadi (27 Julai 2018), Jumaat.

"Buat semua yang mengenali beliau, sedekahkan Al-Fatihah buat abah saya. Terima kasih," tulisnya.

Difahamkan Allahyarham meninggal dunia akibat radang hati dan sudah dikebumikan di Kampung Melayu Subang sebelum solat Jumaat.





Post a Comment

Previous Post Next Post