Alvin Chong Belum masa untuk saya lagi


Pelakon dan penyanyi, Alvin Chong, 27, meluahkan rasa kecewa dengan segelintir masyarakat Malaysia yang mempunyai mentaliti cetek berkaitan isu agama seseorang.

“Isu sering orang cakap pada saya adalah mengenai agama. Ramai bertanya, pintu hati saya tidak terbuka hatikah untuk memeluk Islam?

“Malah ada meminta saya ‘bersunat’ terlebih dulu kalau mahu berkawan dengan Emma Maembong,” katanya selepas sidang media menandatangani kontrak pengurusan bersama Universal Music (Malaysia) di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, semalam.

Pelakon drama Awak Suka Saya Tak? ini menegaskan isu agama hak peribadi dan ia bergantung kepada dirinya sama ada mahu memeluk Islam atau kekal dengan agama Kristian dianuti sekarang.





Katanya, perasaan dialami sama seperti apabila seorang muslim yang berada di luar negara dan diminta menganuti agama lain.

Dia akui pernah mendapat kecaman segelintir individu yang berperwatakan alim tetapi tidak menggambarkan peribadi seorang muslim.

“Saya ada ramai kenalan beragama Islam, malah pengurus saya sendiri seorang mualaf. Islam adalah agama indah tapi ia bukan masa saya lagi,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post