Albert Hammond Jr Terharu sambutan peminat Malaysia


Penyanyi dan pemain gitar band The Strokes dari Amerika Syarikat (AS), Albert Hammond Jr mengakui terharu dengan sambutan peminat di Malaysia sempena kunjungan pertama kalinya ke sini.

Albert, 38, berkata dia sangat kagum dengan tenaga daripada lebih 500 peminat yang hadir pada persembahannya semalam di U Mobile Presents Albert Hammond Jr untuk Good Vibes Festival (GVF) 2018.

“€Setiap orang sangat bertenaga meskipun keadaan di sana sangat panas. Saya sangat kagum dengan kegilaan mereka.

“€Tidak pernah sangka dan sebenarnya saya tidak meletakkan harapan pun mengenainya. Saya memang jenis begitu terhadap hal yang saya kurang pasti.

“€Bagaimanapun, saya sangat seronok apabila dapat turun ke bawah pentas dan menyertai penonton,”€ katanya.





Albert turut menyatakan hasratnya untuk kembali ke sini pada masa depan dan melakukan persembahan yang jauh lebih menyeronokkan.

“€Keadaan di sana tidak dinafikan agak tegang juga. Saya cuma berharap dapat bergerak lebih senang dalam kalangan penonton disebabkan saya seronok kalau dapat menari bersama mereka.

“€Saya berharap akan dapat melakukannya lagi di sini lain kali. Apapun, ia kenangan yang sangat indah dan buat saya tersentuh,”€ katanya.

Konsert berkenaan yang diadakan di The Bee, Publika, itu adalah sebuah konsert pra parti sempena GVF edisi tahun ini.

Pada persembahan itu, Albert berjaya menghiburkan penonton menerusi rangkaian lagu hitnya termasuklah DvsL, Rude Customer, Set to Attack, Caught By My Shadow, Strangers, St. Justice, Far Away Truths, In Transit, Carnal Cruise, Screamer, dan Holiday.

Post a Comment

Previous Post Next Post