A. Aida sah bergelar isteri kali keempat


A. Aida, selamat bergelar isteri kepada pelakon muda, Ariff Aziz, sekitar jam 9:05 malam tadi.

Dengan dua kali lafaz A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 47, sah menjadi suri hati pelakon drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf, iaitu Wan Izma Ariff Aziz, 29.

Berlangsung dalam suasana sederhana, majlis pernikahan diadakan secara tertutup di Ballroom, Dorsett Grand Hotel, Subang dan hanya dihadiri ahli keluarga, rakan terdekat dan wakil media serta rakan artis.

Mengenakan busana pernikahan serba putih rekaan dari Butik Citra.


Pasangan merpati dua sejoli itu dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Mohammad Imran Nasohah, Imam 2 Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya.

Pasangan mempelai saling memberi dan berbalas hantaran iaitu tiga daripada pihak pengantin lelaki dan berbalas lima daripada pihak pengantin perempuan.

Antara hantaran berupa mewah seperti, cincin jenama Cartier seberat 1.42 karat, beg tangan jenama Hermes, jam tangan jenama Hublot, beg bimbit jenama Louis Vuitton (LV), minyak wangi jenama Chanel dan kuih-muih serta manisan.





Cantik berseri pada malam tadi, A. Aida yang disolek oleh Epie Termeloh itu turut menerima mas kahwin RM300.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai dijadual akan diadakan di rumah peranginan A. Aida di Janda Baik, Pahang pada 20 April 2019 sempena tarikh hari lahir A. Aida.

A. Aida sebelum ini pernah tiga kali berumah tangga termasuk perkahwinannya dengan Ameng (Spring) dan dikurniakan tiga orang anak melalui dua perkahwinan terdahulu.

Post a Comment

Previous Post Next Post