Zulin Aziz sah tinggalkan Suria FM


Zulin Aziz tidak akan menyambung kontrak bersama Suria FM.

Penyampai radio Zulin Aziz mengesahkan khabar angin mengatakan dia tidak akan menyambung kontrak bersama stesen radio Suria FM.

Zulin atau Farah Azleenda Abd Aziz, 28, menerusi Instagram memberitahu dia akan ke udara menerusi segemen kendaliannya Suria Pagi buat kali terakhir pada minggu hadapan sebelum kontraknya tamat.

"Saya nak meluangkan masa sepenuhnya dengan sahabat-sahabat di Suria. Masih tinggal lagi seminggu sebelum saya berhenti," katanya.

Zulin membuat pengumuman itu selepas berkongsi artikel daripada sebuah akhbar mingguan yang mengatakan dia tidak akan menyambung kontrak bersama stesen radio itu yang berakhir pada penghujung bulan ini.

Menerusi segmen Suria Pagi yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat, Zulin bergandingan dengan Sharifah Shahira dan Fizi Ali.


Zulin bersama rakan gandingannya menerusi segmen Suria Pagi iaitu Sharifah Shahira dan Fizi Ali.

Zulin menyertai keluarga Suria FM sebagai penyampai radio dua tahun lalu.

Dalam pada itu, mengulas mengenai keputusannya itu, Zulin memberitahu fokusnya terhadap perkara lain dalam kariernya membuatkan dia nekad meninggalkan kariernya sebagai penyampai radio Suria FM.

Bagaimanapun kata Zulin, ia bukan keputusan mudah dan stesen radio itu tetap dihatinya selain meminta peminatnya terus setia mendengar Suria FM.

"Terlalu banyak hal yang saya harus fokus selepas ini membuatkan saya mengambil keputusan untuk tidak menyambungnya. Teruskan menyokong Suria FM ya?

"Walaupun saya bukan lagi penyampai Suria tapi mereka tetap dihati saya," katanya.

Sementara itu, Zulin menyifatkan sepanjang bergelar penyampai radio stesen radio itu, dia mendapat pelbagai pengajaran dan pengalaman luar biasa selain menyifatkan ia satu tanggungjawab besar.






Zulin meminta peminat terus menyokong Suria FM dan kariernya selepas ini.

Kata Zulin, dia sentiasa berasa istimewa apabila dapat bersama keluarga besar Suria FM selain dapat berkongsi cerita bersama pendengar-pendengar setianya.

"Menjadi penyampai @suriamalaysia adalah satu tanggungjawab, pengajaran dan pengalaman yang cukup luar biasa.

"Semua seperti keluarga. Saya rasa istimewa bila bersama mereka apatah lagi berkongsi cerita dengan pendengar-pendengar," katanya.

Zulin turut meminta agar peminat terus menyokong karier seninya walapun dia tidak lagi bergelar penyampai radio.

"Doakan dan terus menyokong karier saya ya? "Tidak di radio, tapi masih di TV, masih juga di hati mu, ecewah, Muah!," tulisnya lagi.

Post a Comment

Previous Post Next Post