Tajul menyangkal dirinya sudah mendirikan rumah tangga.
Nama penyanyi Tajul Ariff tiba-tiba menjadi perhatian peminat industri hiburan tanah air selepas video menyaksikan dia membeli pakaian hari raya dengan mendakwa wanita di sebelah ialah isterinya menjadi perhatian.
Terus menjadi bahan 'membawang' (umpatan) netizen yang tampil dengan pelbagai teori mengenai perkara itu, Tajul menerusi InstaStory meminta agar netizen menjaga pertuturan daripada bersikap 'longkang' (jahat mulut) terutamanya ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa.
Status itu dipercayai dimuat naik penyanyi lagu Melamar Rindu ini berhubung gosip yang sedang melanda dirinya ketika ini.
"Mulut longkang ramai betul bulan puasa ni. Syaitan dah kena ikat dah.
"Sayangilah mulut anda, tak pasal-pasal je kau terjamah benda yang tak patut kau jamah der," tulisnya.
Pesanan Tajul di InstaStory.
Pada Isnin, Tajul atau Tajul Ariff Noor Md Shari, 20, menyangkal dakwaan kononnya dia sudah berkahwin dan berharap peminat tidak salah faham mengenai ketelanjurannya dalam berkata-kata.
“Saya sedar itu salah saya (mengaku sudah beristeri), sebenarnya saya sengaja panggil teman wanita sebagai isteri untuk ambil hati.
"Tak sangka pula perkara ini menjadi isu besar. Saya minta maaf kerana salah cakap, saya belum berkahwin," katanya.
Sementara itu, tanpa merujuk kepada mana-mana pihak tertentu Tajul meminta menjaga hal masing-masing selain menghormati antara satu sama lain.
"Jaga hal sendiri dah. Nak cakap kau besar, aku pun hidup bukannya sebatang kera.
"Tapi kita ada undang-undang. Tak perlu angkat lu punya baju tinggi-tinggi. Sedih. Hormat satu sama lain, tu pun dah cukulah brader. Asslamualaikum," ujarnya.