Syafiq Kyle Saya hanya manusia biasa


Selepas pelakon Syafiq Kyle terpalit dengan kontroversi berhubung isu penyebaran video lucah yang membabitkan namanya baru-baru ini, dia berkata, tiada lagi komen lanjut.

Jelasnya, segala penjelasan telah dikemukakan pada 29 Mei lalu dan berharap isu ini tidak dipanjangkan.

"Sebenarnya saya dah tak mahu komen lagi berkenaan isu ini sebab dah keluarkan kenyataan beberapa hari yang lalu di Instagram saya," ujar Syafiq ketika ditanya mengenai pandangan masyarakat ke atas dirinya selepas kenyataan rasmi dikeluarkan.

Meskipun Syafiq, 25, terpaksa berdepan dengan dugaan dan ujian yang besar, namun dia bersyukur kerana masih menerima sokongan penuh daripada ahli keluarga dan rakan-rakannya.

"Alhamdulillah, kehidupan saya dalam bulan puasa ini banyak benda yang saya belajar. Manakala, hubungan dengan ahli keluarga dan kawan-kawan juga baik.

"Dikesempatan ini, saya berterima kasih sangat-sangat kepada rakan-rakan artis saya yang selalu memberikan sokongan dan kata-kata semangat.

"Saya percaya di bulan mulia inilah masanya untuk kita semua hapuskan dosa-dosa lalu. Saya hanya manusia biasa, itulah hajat yang saya pohonkan setiap kali tibanya bulan Ramadan. Berjaya atau tidak itu diri sendiri," kata Syafiq ketika ditemui pada majlis Tayangan Eksklusif dan Meet & Greet barisan pelakon Pelangi Cinta.





Dalam pada itu, hero drama Nur ini juga berkata, isu tersebut sedikit pun tidak menjejaskan reputasi kerjayanya dan masih berjalan seperti biasa.

"Kerjaya saya masih berjalan seperti biasa dan kalau ada masalah saya akan tahu

"Saya takkan biarkan ia mengganggu kerjaya saya. Isu ini terletak pada penerimaan masing-masing.

"Selagi saya terus bekerja dengan baik insya-ALLAH mereka akan terima," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Syafiq kini terlibat dengan penggambaran telemovie raya Taubat yang dijadualkan pada raya kedua di TV3.

Post a Comment

Previous Post Next Post