Mawar Rashid Dah kahwin kena jaga nama suami


Aktres popular menerusi drama Tundukkan Playboy Itu memberitahu kehidupan selepas bergelar isteri kepada usahawan dan pelakon, Raf Yaakob kini tidak banyak yang berubah sejak mendirikan rumah tangga tujuh bulan lalu.

Kata Mawar Rashid, meskipun ada masanya dia terdedah dengan dunia korporat tetapi perkara itu tidak membezakan dirinya dulu dan sekarang.

"Kalau nak berkongsi tentang perubahan hidup selepas berkahwin, dulu saya memang seorang yang happy go lucky dan semua orang tahu personaliti saya macam itu.

"Namun, bila sudah meningkat dewasa semua orang akan matang. Malahan, sejak berkahwin saya sudah ada perasaan malu kerana percaya apabila sudah berkahwin secara tak langsung kena jaga nama baik suami. Kena faham status dan personalitinya juga," katanya.

Tambah Mawar, suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih dikenali Raf Yaakob akan menegur dirinya jika dirasakan ada yang tidak kena.

Pada masa yang sama sebagai isteri, dia akan bersikap profesional ke mana pun dia pergi bersama suaminya.





"Saya orangnya letak kat mana pun akan jadi macam itu. Bahkan Raf pun ada tegur jika ada yang macam tidak kena. Dia akan berikan sokongan dan contoh yang baik.

"Insya-ALLAH, saya juga mahu jadi contoh yang baik terhadap keluarga.

"Alhamdulillah, kini kehidupan lebih bermakna yang mana saya sudah temui jodoh bersama Raf dan harapnya kegembiraan ini berkekalan," katanya kepada Media Hiburan.

Untuk rekod, pasangan Mawar dan Raf selamat disatukan pada 9 November 2017 di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.

Post a Comment

Previous Post Next Post