Sweet Qismina Menyanyi sekadar suka-suka


Pelakon comel, Sweet Qismina, tidak merancang bergiat aktif bidang seni suara walaupun nyanyiannya bersama As’ad Motawh menerusi lagu Seloka Hari Raya mendapat pujian netizen.

Katanya, dia menyanyikan lagu itu sekadar suka-suka bagi mempromosikan telefilem Batang Buruk Lesung Batu lakonan mereka berdua yang akan ditayangkan pada 17 Jun ini.

“Saya tidak ada niat bergiat aktif dalam bidang nyanyian mahupun terfikir menghasilkan single sendiri. Klip video saya dan As’ad menyanyikan Seloka Hari Raya itu hanya sekadar mempromosikan telefilem lakonan kami berdua.

Bagaimanapun, saya tidak sangka video yang dimuatnaik di YouTube itu mencecah lebih 500,000 tontonan sejak lima hari lalu. Saya ucap terima kasih atas pujian,” katanya.

Tambah Sweet lagi, dia sedar kredibiliti yang ada pada dirinya masih tidak cukup untuk menjadikan dia seorang penyanyi yang baik.

“Saya tahu tahap saya setakat mana. Saya juga tahu apa yang sedap didengar dan sebaliknya. Saya hanya ingin fokus pada lakonan dan pengacaraan buat masa ini,” katanya.






Post a Comment

Previous Post Next Post