Terbaru, adik kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin iaitu Siti Nursairah berkongsi imbasan kehamilan menerusi akaun Instagramnya, pada khamis.
"Bismillahirrahmannirahim. Dengan nama ALLAH yang maha pemurah dan maha penyayang, ALHAMDULILLAH," tulisnya.
Difahamkan menerusi sebuah portal hiburan berlainan melaporkan usia kehamilan Sairah kini mencecah 10 minggu.
Untuk rekod Sairah, 34 dan suami, Mohd Sharidan Johari, 31, berkahwin pada 24 Februari lalu.
Terdahulu menerusi perkahwinan pertama, Sairah dikurniakan tiga anak iaitu Ummi Umairah, 7, Ahmad Daiyan, 6, dan Ahmad Aisy, 5.
Rata-rata ramai kenalan artis dan pengguna instagram memberikan ucapan tahniah dan doa buat Sairah agar segalanya dipermudahkan sewaktu proses bersalin nanti.