Raut wajah Anita Sarawak seperti orang sakit?


Rindu rasanya pada penyanyi bertaraf antarabangsa, Anita Sarawak. 'Kehilangannya' sejak pertengahan tahun 2011 sehingga ke hari ini terus menjadi tanda tanya.

Ke manakah dan bagaimanakah keadaan beliau sekarang?

Terbaharu, difahamkan menerusi satu portal hiburan berlainan melaporkan ada peminat mendakwa pernah bertemu dengan Anita pada tahun lalu.

Dia yakin bertemu Anita atau lebih mesra dengan panggilan Kak Nita itu di sebuah restoran di Ang Mo Kio, Singapura bersama seorang lelaki Mat Saleh berambut hitam dipercayai adalah suaminya, Mahathir Abdullah.

"Saya yakin wanita itu Kak Nita. Mendengar suara dan melihat bibirnya sudah kenal. Pun begitu, wajahnya cengkung dan rambutnya tidak diwarnakan lagi.

"Saya tengok Kak Nita sudah nampak lain, raut wajahnya seperti orang sakit. Ketika memerhatikannya, dia sedang makan ubat.

"Saya duduk tak jauh hanya dari dua meja daripadanya. Saya percaya, itulah Kak Nita kerana saya duduk bertentang dengannya," kata peminat itu.





Dalam perkembangan lain, Sinar Harian difahamkan lagi Kak Nita atau nama sebenarnya Ithnaini Mohd Taib, 66, kini dikatakan mendapatkan rawatan penyakit kanser di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Sejauh mana perkhabaran ini, doakan sahaja yang baik-baik buat penyanyi kesayangan ramai ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post