Jangan persenda berat Ramlah Ram lagi ok


Penyanyi, Ramlah Ram, 52, berjaya menurunkan berat badan sehingga 20 kilogram selepas setahun menjalani gaya hidup sihat.

Pelantun lagu Selamat Jalan Romeo itu berkata, dia membuat keputusan menurunkan berat badan kerana tertekan dengan faktor berat badan sehingga timbul masalah untuk bergaya.

“Saya pernah tertekan dan menangis sendirian setiap kali mengenangkan berat badan dan saiz badan saya.

“Masalah timbul apabila saya ingin membeli pakaian. Susah betul nak mencari saiz yang sesuai,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dia juga tertekan apabila ada kenalan yang bercakap dan mempersenda mengenai berat badannya.

“Ada kenalan yang bercakap mengenai berat badan saya. Pada waktu itu, berat saya adalah 70 kilogram dan dibandingkan dengan ketinggian saya, ia memang tidak sesuai.

“Saya jadikan kata-kata mereka itu sebagai pembakar semangat untuk menurunkan berat badan. Lagi pula, ini juga adalah untuk peminat-peminat yang ingin melihat saya tampil menarik ketika membuat persembahan,” katanya.





Ditanya mengenai rutin pemakanannya, Ramlah memberitahu bahawa dia sememangnya mengamalkan disiplin dalam memastikan pemakanannya tidak berlebihan.

“Saya memulakan diet sejak setahun lalu dengan menolak makanan dan minuman bergula serta yang berminyak.

“Makanan berkarbohidrat tinggi juga saya elakkan dan lebihkan protein serta sayur-sayuran,” katanya.

Kini, selepas setahun, dia masih lagi berusaha untuk mengekalkan berat badannya dan cuba mencapai sasaran 45 kilogram.

Post a Comment

Previous Post Next Post