Isteri Untuk Diiktiraf, Elvina Mohamad hamil anak pertama


Elvina dan suami bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Pelakon drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf, Datin Elvina Mohamad mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak pertama.

Elvina atau Norzalina Mohamad, 23, mengumumkan mengenai berita gembira itu menerusi Instagram miliknya yang memberi gambaran dia dan suami, Datuk Mohd Haniff Borhan bakal meraikan Aidilfitri bertiga tahun hadapan.

"Ya betul, tahun depan kami akan bertiga. Alhamdulillah, terima kasih pada yang mendoakan kami," tulisnya.

Elvina turut memuat naik gambar bersama suami yang jelas memperlihatkan bahagian perutnya yang semakin membesar.


Elvina dan Mohd Haniff berkahwin pada Mac lalu.

Bagaimanapun Elvina tidak memberi butiran lanjut mengenai kehamilannya.





Pelakon itu berkahwin dengan Mohd Haniff, 32, pada 18 Mac lalu dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang diadakan di Hotel Royale Chulan di sini.

Elvina dan Haniff yang berkenalan pada sekitar dua tahun lalu mula rapat sejak setahun lalu sebelum mereka membuat keputusan untuk berkahwin.

Post a Comment

Previous Post Next Post