Isteri Aliff Syukri mohon maaf pada yang tersinggung


Bakal melahirkan zuriat keempat, isteri kepada jutawan kosmetik terlajak laris, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida tampil memohon maaf.

Tulis Shahida, 32, melalui laman Instagramnya kepada orang ramai sekitar pukul 8:45 pagi tadi.

"Mudahan semuanya dipermudahkan urusan melahirkan.

"Saya minta maaf ya kepada semua jika ada tersinggung kata dan perbuatan," coretnya.

Sementara itu di ruang komen Shahida kini dihujani ratusan doa oleh orang ramai termasuk rakan artis, semoga proses bersalin berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segalanya.






Sebelum ini menerusi Instagram milik Aliff Syukri, 31, turut memohon kepada orang ramai agar isteri tercintanya selamat melahirkan anak mereka.

Dalam pada itu, Aliff Syukri juga merakamkan kesyukuran kerana bayi bakal lahir dalam ekonomi yang selesa.

"Tolong doakan ye wife saya selamat.. insya-ALLAH tak lama lagi kami dapat baby.

"Ini baby yang no 4 tapi lama kami tunggu hampir 6 tahun baru dapat dan baby ni lahir dalam ekonomi saya yang selesa, syukur padamu ya ALLAH," katanya teruja.

Untuk rekod, pasangan Aliff Syukri dan isteri telah berkahwin pada Ogos 2007.

Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Ammar Ahyan 9, Qadejah El Zahra, 7, dan Ibraheem Adham, 5.

Post a Comment

Previous Post Next Post