Furhan Razali Ada masa pakai topeng


Vokalis Xpose Band, Furhan, 26, mengakui ada kalanya dia perlu memakai topeng apabila terbabit dengan kerja belakang tabir sebagai juru audio untuk penganjuran majlis.

Furhan berkata dia perlu bertindak sebegitu untuk mengelak urusan kerja diganggu dan menjadi tumpuan tetamu majlis berikutan makin dikenali sejak bersama Xpose Band.

“Selain menganggotai Xpose Band, saya juga sudah lama terbabit dengan kerja belakang tabir sebagai juru audio untuk penganjuran majlis.

“€Cuma, sebelum ini saya tidak dikenali kerana belum bergerak aktif bersama Xpose Band dan muncul dengan single Sandiwara.

“€Terus-terang, apabila single Sandiwara popular dan berjaya melonjakkan nama Xpose Band secara tidak langsung saya sebagai vokalis semakin dikenali ramai,”€ katanya.

Menurut pemilik nama sebenar Ahmad Khairul Furhan Razali ini, dia bertindak memakai topeng bukan berlagak diri kerana sudah popular.

Ujarnya, dia cuma tidak mahu urusan kerja sebagai juru audio digalas terganggu kerana harus melayan peminat sebagai vokalis Xpose Band.





“€Saya sudah banyak kali berhadapan situasi peminat yang menyedari saya adalah vokalis Xpose Band dan kemudianya minta gambar bersama. Tidak cukup itu, saya juga pernah diminta menyanyikan lagu Sandiwara.

“€Sedangkan pada masa itu, saya berada dalam majlis berkenaan sebagai juru audio yang sudah dibayar untuk memberikan perkhidmatan dan bukan datang menyanyi bersama Xpose Band.

“€Apabila ada peminat yang perasan kemunculan saya dalam majlis dihadiri itu, mereka tetap mahu bergambar meskipun tahu keberadaan saya di situ sebagai juru audio.

“€Dalam soal ini, saya cuba bersikap profesional serta menghormati tugas sebagai juru audio di majlis itu dan bukannya artis atau penyanyi,” katanya.

Menurut Furhan lagi, dia juga masih sedar diri dan akan memastikan tidak hanyut dengan populariti dikecap bersama Xpose Band.

“€Apapun, sempena Syawal ini saya mengambil kesempatan meminta maaf kepada sesiapa saja yang terasa hati dengan tindakan saya itu.

Sekali lagi, saya tegaskan bukan nak berlagak tetapi sekadar utamakan tanggungjawab juru audio majlis saja,”€ katanya.

Ditanya mengenai majlis disertai, Furhan berkata ia acara tertutup anjuran badan bukan kerajaan (NGO) yang berlangsung di Melaka, baru-baru ini.

Selain Furhan, Xpose Band dianggotaiXpose Band dianggotai Mohd Rafiuddin Mohd Yunos (Eppy, bass), Muhd Za̢۪im Syahmi Abd Majid (Zaim, keyboard), Mohd Fakhrulzikri Khamis (Fakhrul, gitar) dan Muhammad Mustaqim Mustapha Kamal (Taqim, dram).

Post a Comment

Previous Post Next Post