
Pendatang baharu, Fara Hezel memberitahu pertama kali menyambut lebaran sebagai penyanyi dia mengharapkan yang baik-baik sahaja.
Dalam pada itu, Fara, 22, berkata, melalui pengalaman lalu, seawal malam raya juga para peminat adiknya iaitu Aiman Tino sudah berkumpul di depan rumah.
Kata Fara, peminat Aiman akan mengecam rumah mereka terlebih awal sebelum mengunjungi pada pagi raya.
“Tahun pertama saya beraya sebagai penyanyi saya harap yang baik-baik sahaja.
“Cuma pengalaman yang saya dah nampak pada Aiman, peminat diawal malam raya memang sudah ‘aim’ rumah.
“Peminat akan berikan salam dari jauh sambil berseloroh tak jawab salam dosa," katanya.
Sementelah itu, penyanyi Ku Pasrah ini turut berkongsi kemeriahan yang diraikan setiap kali Hari Raya Aidilfitri.
“Momen setiap kali raya yang saya sendiri nantikan adalah di pagi raya. Sebab adik beradik ramai, jadi saya akan kejutkan seorang demi seorang untuk bersiap ke masjid.
“Itulah antara momen paling menyeronokkan buat saya selain pergi solat terawih Aidilfitri dan menziarahi kubur arwah nenek," ujarnya.