Datuk Seri Vida Saya target 20 juta


Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DSV), teruja apabila lagu Lavida Raya nyanyiannya berjaya menduduki tangga pertama dalam carta trending laman perkongsian, YouTube Malaysia.

Sejak dimuatkan naik di YouTube 1 Jun lalu, lagu ciptaan Cat Farish dan lirik tulisan Mohd Hilmi itu sudah mencecah jumlah tontonan lebih setengah juta.

Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, berkata, dia tidak menyangka lagu yang dibikin bersempena Aidilfitri itu mudah mendapat tempat dalam kalangan pendengar.

“Saya fikir sudah terlalu banyak lambakan lagu raya bernada sedih. Jadi, untuk menceriakan suasana raya orang ramai, mengapa tidak saya muncul dengan lagu raya rancak seperti ini.

“Memang ramai yang memberi respon lagu raya ini sesuai dijadikan lagu tema Piala Dunia FIFA 2018. Sengaja rentaknya dibikin sebegitu untuk memanaskan bahang penganjuran sukan nombor satu dunia itu yang akan berlangsung pada musim raya,” katanya.





Ditanya harapannya terhadap lagu tersebut dari segi jumlah tontonan, DSV optimis untuk memecahkan rekod single pertamanya sebelum ini, I Am Me yang mendapat jumlah tontonan 11 juta.

“Saya target 20 juta. Harapnya selepas raya nanti jumlah tontonan di YouTube semakin meningkat berlipat kali ganda.

“Ramai juga yang tanya kata mengapa anak saya Cik B tak rap dalam lagu ini memandangkan dia memang suka 'rapping'. Tunggu nanti projek selepas ini akan ada kejutan untuk semua,” katanya.


Post a Comment

Previous Post Next Post