Chef Wan Susahnya buat dia ketawa


Chef Wan bersama Anthony Bourdain

Pemergian chef selebriti terkenal antarabangsa, Anthony Bourdain pada Jumaat lalu telah mengejutkan semua peminatnya di seluruh dunia.

Lebih mengejutkan, Anthony Bourdain dipercayai mati akibat membunuh diri.

Turut sedih dan terkejut dengan berita tersebut adalah chef selebriti tersohor Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.

Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, figura berusia 60 tahun itu sempat mengimbau kenangan bersama ketika menjadi tetamu dalam program No Reservation.

Menerusi akaun Instagram (IG) peribadi Chef Wan memberitahu betapa susahnya untuk membuat Anthony ketawa kerana kebiasaanya chef di sana berperwatakan serius sahaja.

"Saya masih ingat betapa saya bersungguh-sungguh untuk membuat awak ketawa di set penggambaran disebabkan perwatakan tipikal chef dari Amerika yang sentiasa serius!" tulisnya.





Malah usahanya menambat hati Anthony ketika itu sebenarnya berjaya apabila mendiang dalam satu temu bual ketika melancarkan programnya di New York menamakannya sebagai chef perlu ditemui sekiranya ke Asia.

Kata Chef Wan pujian itu disifatkan sebagai satu penghormatan buat dirinya dan akan sentiasa mengenang Anthony sebagai antara individu penting yang pernah hadir dalam hidupnya.

"Dalam temu bual itu dia memberitahu orang yang patut anda jumpa sekirnya ke Asia adalah Chef Wan dari Malaysia.

"Saya ketawa apabila menonton rakaman temu bual itu kerana dia sangat serius dan tidak terlalu terbuka kepada saya," ujarnya.

Dalam pada itu menerusi posting berbeza, Chef Wan turut mengingatkan netizen di luar sana tidak membuat penilaian mengenai kehidupan Bourdain dan mempersoalkan pengakhiran kehidupannya.

Anthony, 61, yang juga seorang penulis dan pemberita di CNN ditemui tidak sedarkan diri oleh teman rapatnya, Eric Ripert yang juga seorang chef di bilik hotelnya di Perancis.

Anthony berada di negara itu kerana sedang menjalani penggambaran episod terbaharu program kendaliannya Parts Unknown.

Post a Comment

Previous Post Next Post