Situ Nurhaliza Tak sabar bawa Aafiyah balik kampung beraya


Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza merasakan bahawa tahun ini rayanya lebih bermakna dengan kehadiran puteri sulung, Siti Aafiyah yang kini semakin comel.

Menurut penyanyi kesayangan ramai itu, seperti biasa pada hari raya, mereka sekeluarga akan pulang ke kampung suaminya di Kedah dan kampungnya di Kuala Lipis.

"Saya sendiri tak sabar untuk bawa Aafiyah ke Lipis untuk bertemu dengan saudaranya yang lain. Cuma tak tahu bila sahaja lagi," katanya kepada Media Hiburan.

Dalam pada itu, ditanya mengenai persiapan hari raya pula, Siti mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengirimkan hadiah untuk anaknya itu.

"Untuk Aafiyah, dah banyak bajunya, dan saya sendiri tak mahu membazir. Tetapi untuk baju raya yang matching dengan saya tu, saya akan tempahlah," jelasnya lagi.

Terdahulu, Siti ditemui ketika pelancaran dan perlantikannya sebagai Skuad Selebriti Shopee. Lima artis lain yang turut dilantik Nora Danish, Izara Aishah, Elfira Loy, Heliza Helmi dan Emma Maembong.





Post a Comment

Previous Post Next Post