Siti Nurhaliza, Wujudkan Majlis Seni Negara


Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 39, mencadangkan sebuah pusat atau badan baru berupa 'Art Council' atau Majlis Seni Negara diwujudkan bagi menaik taraf industri seni negara.

"Badan ini perlu diurus mereka yang tiada kepentingan politik serta mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan seni dan menjadi tempat untuk anak seni berkumpul secara harmoni, bertukar idea, menyuarakan masalah dan mendapatkan khidmat nasihat.

"Pada masa sama, saya berpendapat cadangan penubuhan pusat ini sebagai sebahagian daripada bantuan besar kepada anak seni yang rata-rata semuanya bekerja sendiri," katanya ditemui pada majlis pelancaran program Skuad Selebriti Shopee di sini, semalam.

Beliau berharap melalui penubuhan badan itu juga, setiap isu dilalui anak seni dapat didengari dan sekaligus mendapat perhatian.

Katanya, sebagai sebahagian daripada industri, beliau mahukan perkembangan yang baik untuk anak seni terutama daripada segi kebajikan.





“Kalau mahu minta idea atau pendapat daripada saya, itu tiada masalah, cuma untuk terikat dengan mana-mana jawatan, saya rasa tidak,” katanya.

Bagaimana pun, beliau tidak menolak untuk menerima jawatan selaku penasihat mewakili anak seni andai ada tawaran selepas penubuhan badan itu.

Siti menyuarakan harapan itu susulan kemenangan Pakatan Harapan diketuai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post