Pelakon, Nazim Othman berkongsi dua keping foto yang diambil sehari sebelum dia menfailkan penceraian dengan aktres, Bella Daly.
Menurut Nazim menerusi akaun Instagramnya, gambar itu diambil pada hari mereka meluangkan masa selama enam jam bersama untuk berbicara hati ke hati berkaitan perpisahan mereka, sehari sebelum dia terbang ke Kota Kinabalu bagi memfailkan penceraian.
"Ketawa, air mata dan sebab, setiap butiran terperinci adalah lebih baik untuk disimpan antara kami.
"Kami menerima takdir dengan hati terbuka dan bersetuju tidak mendedahkan sebabnya kepada umum. Kuncinya adalah redha," tulisnya.
Nazim dan Bella
Tambah pemilik nama sebenar Nushrul Alif Othman, 34, mereka menghargai setiap nasihat yang diberikan orang lain, tapi akhirnya dia dan Bella mengikuti petunjuk yang diberiNya dari solat Istikharah.
"Sungguh sukar, ia menyakitkan tetapi saya percaya, ALLAH SWT hanya menguji hambaNya yang kuat dan kami percaya itulah yang terbaik buat kami. ALLAH SWT adalah perancang terbaik.
"Sekarang kita semua boleh hidup dengan tenang dan secara positif mendapat semua berkatNya.
"Semoga Allah sentiasa mengasihani kita. Selamat berpuasa," ujarnya.
Sebelum ini, pelakon drama bersiri Mona Lisa ini mengumumkan perkahwinannya dengan Bella Dally telah pun berakhir.
Nazim dan Bella memilih untuk berkongsi berita sedih itu menerusi laman Instagram masing-masing pada Khamis pada 1 Ramadan.
DR YAKAYA SPELL ADALAH SPELL TERBAIK SAHAJA SEPERTI UNTUK MENGGUNAKAN MEMBAWA KEMBALI KE ATAS KELUARNYA. KAMI TAHU ADA ADALAH SEMASA BERBAGAI BAHAWA KAMI TIDAK PERMINTAAN UNTUK MEREKA UNTUK MUNGKIN TETAPI TIDAK BOLEH MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN KAMU TIDAK MUNGKIN MENCINTAI KANAN SAMA ANDA MENCINTAI ATAU HER, BAGAIMANA HANYA MUNGKIN HANYA MEMUTUSKAN UNTUK BERJALAN DENGAN ANDA BAGAIMANA MEREKA TIDAK BERLAKU CINTA ANDA MEMILIKI UNTUK SAYA ATAU ANDA MUNGKIN MEMILIKI SELURUH RAHASIA YANG MEMERLUKAN BAHAWA YANG MEMANGKAN KE BREAK ATAU BULAN BEBERAPA BULAN ATAU TAHUN, BAGAIMANA ANDA PERLU MEMBANTU BELUM MENDAPATKAN ATAU KEMBALIYA HANYA HUBUNGI DR YAKAYA VIA EMAIL ALAMAT YAKAYATEMPLE@GMAIL.COM ATAU PANGGILAN HANYA NAMA NAMA ITU +2347050270227 UNTUK MEMBANTU ANDA
ReplyDelete