Anzalna Nasir jual lukisan, derma pada yang memerlukan


Pelakon cantik, Anzalna Nasir memberitahu dia akan menjual lukisan-lukisan selepas ramai yang berminat untuk membeli.

Bagaimanapun sempena bulan Ramadan ini, wanita berusia 30 tahun ini berhasrat untuk mendermakan 100% hasil jualan kepada mereka yang memerlukan.

Setakat ini, Anzalna baru berkongsi sebuah lukisannya yang berlatarbelakangkan menara Eiffel.


"Lukisan paling lama yang saya hasilkan. Ambil masa selama dua hari untuk siapkannya.

"Pinggang punyalah sakit. Suami kesunyian sebab tak dilayan kerana Eiffel tower ni.

"Sesiapa yang berminat dengan painting #AnzalnaDaVincci boleh contact 0163626271 dari situ pun harga boleh dibawa bincang sebab duit jualan akan diberi kepada yang memerlukan.

"Semoga kita semua dimurahkan rezeki," katanya diikuti tanda pagar #Charity #AnzalnaDaVincci .






Anzalna sering berkongsi beberapa hasil karya lukisannya di Instagram.

Ujar Anzalna, disebabkan dia sering berjalan ke luar negara, jadi dia akan melukis pemandangan cantik dari tempat yang pernah dilawatinya.

Sebelum ini, Anzalna pernah meluahkan rasa geramnya dengan seorang netizen yang menuduhnya memuatnaik lukisan orang lain dan mengaku lukisan sendiri. Dia kemudiannya mencabar netizen itu untuk menunjukkan bukti yang lukisan itu bukan miliknya.

Post a Comment

Previous Post Next Post