Pelakon Elfira Loy meluahkan rasa sakit hati apabila dituduh menjadi orang ketiga sehingga menyebabkan penceraian pelakon, Nazim Othman dan Bella Dally.
Menurut Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 24, dia sebolehnya tidak mahu mempunyai perasaan marah kerana menghormati bulan yang mulia ini.
"Bulan yang mulia ini tak baik marah-marah tapi sakit jugalah hati ini.
"Adakah awak tweet sekadar untuk mendapat retweet atau memang nak fitnah saya?" ujarnya menerusi akaun Twitter miliknya.
Tuduhan tersebut dibuat oleh seorang pemilik akaun di laman Twitter bernama Mohamad Azif.
"Rupanya Elfira Loy punca Nazim Othman bercerai Bella, dah putus dengan Sufian pergi hancur rumah tangga orang lain hmmm," tulis individu tersebut.
Rata-rata pengikut Elfira di laman sosial menasihati pelakon wanita itu supaya bersabar dan mengecam semula individu tersebut.
Difahamkan, Elfira dan pasangan itu sememangnya sudah lama berkawan rapat. Elfira dan Bella juga kerap meluangkan masa bersama.