Izzue Islam Licin tiga hari saja


Koleksi pakaian dalam lelaki jenis ‘boxer’ keluaran penyanyi dan pelakon, Izzue Islam yang baru dilancarkan awal bulan ini habis terjual dalam tempoh tiga hari sahaja.

Izzue berkata, untuk keluaran pertama, dia hanya mengeluarkan 120 helai sahaja yang terdiri daripada dua koleksi berbeza yang dijual secara atas talian.

“Saya langsung tidak sangka dapat sambutan sebegini kerana pada awal buat sikit sahaja kerana fikirkan sambutan biasa-biasa saja.

“Apatah lagi, ‘boxer’ adalah produk bermusim dan selalunya orang beli selepas setahun atau apabila sudah tidak boleh dipakai,” katanya.





Izzue ditemui pada acara Bazar Terima Kasih, semalam, berkata tempahan diterima memang banyak tetapi tidak dapat dihasilkan kerana produksinya sedang menyiapkan kurta dan songkok.

Pun begitu, ahli kumpulan Forteen ini merancang untuk mengeluarkan jumlah lebih banyak sekitar 500 ke 1,000 helai selepas sambutan Aidilfitri.

Malah dia mahu menjadikan koleksi pakaian dalam lelaki itu sebahagian daripada produk utama selain kurta, kemeja, songkok, biskut dan kanta lekap di bawah jenamanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post