Awie reka busana tradisional Tokwi


Vokalis Wings yang terkenal dengan imej rock, Datuk Awie kini bergelar pereka fesyen apabila bakal memperkenalkan koleksi busana tradisional jenama Tokwi tahun ini.

Menurut Awie atau Ahmad Azhar Othman, koleksi pertama Tokwi bersama kumpulan Wings itu akan diperagakan kepada orang ramai pada pertunjukkan fesyen yang akan berlangsung pada 9 Jun ini di Pavillion, Kuala Lumpur.

Sebenarnya, saya sangat tertarik dengan busana tradisional sejak dulu.

Dari segi idea semuanya diri saya sendiri.

€Saya meminta anggota Wings menggayakan koleksi busana Tokwi ketika di pentas contohnya pada persembahan bertemakan nostalgia Jalan Tuanku Abd Rahman, minggu lalu.

€Nama Tokwi itu sendiri berasal dari keturunan datuk saya dari beberapa generasi lalu,” €katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai rekaan, kata Awie, rekaan busana tradisonal itu tidaklah rumit seperti disangka.

€Apa yang penting, kita perlu tahu untuk suai padankan warna pada penampilan.





€Soal rekaan tidak susah kerana semuanya sama saja, cuma padanan warna itu yang penting.

€Selepas sambutan raya nanti, kami akan hasilkan lebih banyak rekaan dengan warna yang menarik,” €katanya.

Beralih perancangan masa depan pula, kata Awie, pihaknya akan membuka butik jenama terbabit untuk peminat.

Mengikut perancangan, kami akan membuka butik di kawasan Gombak.

€Soal harga pula jangan risau, saya tahu untuk busana tradisional seperti ini boleh mencecah sehingga RM600 ringgit kerana kualiti kain.

€Sebab itu, pihak kami akan berikan harga kasih sayang,€ katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post