Fendy Bakry dah balik rumah


Hero drama Mr Grey, Fendy Bakry, 30, dibenarkan keluar hospital, hari ini selepas menjalani rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Isnin lalu.

Pengurus kepada Fendy iaitu Fadzil Zahari ketika dihubungi berkata, Fendy kini berada dalam keadaan baik namun perlu menjalani pemeriksaan berkala.

"Saya ingin maklumkan Fendy sudah dibenarkan keluar hospital. Alhamdulillah dia kelihatan sihat, tapi perlu jalani rawatan susulan.

"Insya-Allah dia akan kembali aktif selepas Aidilfitri ini. Sama-sama kita doakan semoga Fendy kuat menempuh ujian ini dan diberi kesembuhan," katanya.

Menurut Fadzil, dia memohon maaf kerana tidak dapat bercerita lanjut mengenai tahap kesihatan Fendy ketika ini bagi menghormati permintaan keluarga selain atas nasihat doktor.





"Saya berharap semua pihak dapat memberi ruang serta privasi kepada Fendy ketika ini.

"Saya sebagai pengurus ingin memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi secara terperinci tahap kesihatannya bagi menghormati permintaan keluarga," katanya.

Terdahulu Fendy diletakkan pada tahap Unit Rawatan Intensif (ICU) selepas doktor mendapati terdapat simptom 'pneumonia'.

Dia terpaksa direhatkan dengan bius serta dimasukkan oksigen sebagai alternatif pernafasan normal.

Ia bertujuan mengelak sesak nafas berpanjangan, mendapat serangan asma akibat batuk dan serangan sakit dada yang mengganggu proses rawatan pemulihan.

Post a Comment

Previous Post Next Post