Ben Amir terima jika jodoh dengan kerabat


Pelakon, Ben Amir tidak menolak seandainya dipertemukan jodoh dengan golongan kerabat.

Hal ini kerana pelakon popular menerusi drama Suri Hati Mr Pilot ini menjadi bualan netizen kerana dilihat rapat dengan kerabat negeri Perak, Raja Shazreen Petra.

Perhubungan mereka dikatakan bermula awal Februari tahun lalu.

"Kami berdua memang berkawan baik tapi sebenarnya memang dah agak lama tak jumpa. Bagi saya, siapa pun jodoh saya, sama ada dia atau orang lain, saya terima," ujar Ben.

Ben Amir atau Muhammad Amir Sabaruddin, 27, ditemui ketika majlis pelancaran drama Air Mata Di Bumi Matador (AMDBM).





Menerusi drama AMDBM, Ben memegang watak utama sebagai Iskandar bergandingan dengan Puteri Aishah sebagai Qaisara.

Selain Ben dan Puteri Aishah, antara barisan artis lain terlibat adalah Arash Mohamad, Shakila Koriri, Ieda Moin, Pu Rizz, Nazrief Nazri, Eyka Farhana, Marisa Yasmin, dan Laila Nasir.

Post a Comment

Previous Post Next Post