Ana Raffali hasrat timang anak perempuan


Penyanyi popular menerusi lagu Kalau Berpacaran, Ana Raffali kini sedang hamil lapan bulan.

Ana, 33, dan suami, Ahmad Aznaim Abdullah, dijangka menimang cahaya mata kedua mereka di pertengahan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Ana atau nama penuhnya Ana Nur Hidayah Mohd. Raffali memasang harapan semoga dapat menimang cahaya mata perempuan.

“Alhamduliah saya bersyukur kesihatan sepanjang tempoh kehamilan, saya dan kandungan sihat walafiat.

“Ikutkan, saya akan bersalin pada 29 Jun depan dan berdoa agar bayi ini bersalin mengikut waktunya, tidak awal atau lewat.

"Soal jantina, harapan saya semoga dikurniakan zuriat perempuan pula tetapi tak tahulah kalau ada kejutan dapat anak lelaki lagi," katanya.





Sebelum ini mereka telah dikurniakan seorang putera bernama Aaydeen Oumar pada 12 Februari 2015.

Tambah Ana, dia akan bersalin di hospital kerajaan sama ada di Ampang ataupun di Hospital Besar Kuala Lumpur. Selepas itu akan berpantang di kampung halaman suami di Pasir Putih, Kelantan.

Post a Comment

Previous Post Next Post