1,400 tiket Konsert Ruffedge habis terjual dalam masa dua jam


Konsert Ruffedge: 20th Anniversary Concert bakal berlangsung pada Ogos depan.

Sebanyak 1,400 tiket Konsert Ruffedge: 20th Anniversary Concert yang bakal diadakan pada 4 Ogos depan habis terjual dalam masa dua jam sejak mula dijual pada pukul 10 pagi tadi.

Menurut Pengurus Besar MRS Production, Mohammad Rafie Saruddin, daripada jumlah itu sebanyak 140 tiket bagi kategori Meet & Greet habis terjual kira-kira tiga minit selepas pembelian mula dibuka.

“Terdapat lima kategori bagi pembelian tiket dan setakat ini, baki tiket hanya tinggal sebanyak 600 lagi untuk kategori biasa (regular) berharga RM124 dan ia boleh didapati menerusi laman web www.ticketpro.com.my atau talian hotline 03-7880 7999.

“Bagaimanapun, kita akan menambah kira-kira 300 tiket lagi sekiranya kesemua 2,000 tiket yang diperuntukkan sebelum ini habis terjual,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menerusi konsert yang akan berlangsung di KL Live itu, Ruffedge bakal mempersembahkan sebanyak lebih 10 buah lagu popular mereka seperti Lemas, Khayalan, Tipah Tertipu, Bila Rindu dan Tiada Lagi Cinta.





Post a Comment

Previous Post Next Post