Ummi Nazeera hamil empat bulan


Ummi mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Izzat Anwari Abdul Khani, 30, pada 23 Julai tahun lalu.

Pelakon jelita, Ummi Nazeera berkongsi khabar gembira mengatakan bahawa dia kini hamil anak cahaya mata pertama dan kandungan berusia empat bulan.

Ummi Nazeera atau nama Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin, 28, memberitahu, dia menyedari dirinya hamil sewaktu mengalami kecederaan sewaktu menjalani penggambaran filem Gol & Gincu 2.

Katanya, sejurus kejadian itu berlaku, dia bergegas mendapatkan rawatan termasuk melakukan imbasan sinar x (x-ray) pada bahagian kaki.

"Saya telah pergi ke sebuah klinik kenalan terdekat untuk mendapatkan rawatan tetapi doktor menyarankan agar melakukan ujian kehamilan terlebih dahulu. Menerusi hasil pemeriksaan mendapat saya hamil, namun, pada awalnya keputusan pemeriksaan samar-samar.

"Doktor menasihatkan agar saya menunggu sekitar empat hingga lapan minggu bagi membolehkan ujian kehamilan kedua dilakukan," katanya yang ditemui pada majlis Pelancaran Duta Produk Duo Be'Cell di sini petang tadi.

Ummi mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Izzat Anwari Abdul Khani, 30, pada 23 Julai tahun lalu.





Post a Comment

Previous Post Next Post