Radja tunda konsert di KL


Band Indonesia, Radja memutuskan untuk menunda konsert Radja Malaikat Cinta yang sepatutnya dijadualkan pada 5 Mei kepada 14 Julai depan.

Penundaan dibuat bagi menghormati kewajipan rakyat Malaysia mengundi bersempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei nanti.

“Kami sangat memahami dan menghormati keputusan itu namun sebenarnya ada juga kebaikan buat persiapan kami menjelang konsert.

“€Selepas lama menanti, kami mahu tampil dengan persembahan yang jauh lebih hebat khas buat peminat di sini. Di samping itu, kami mahu lagu terbaru kami Malaikat Cinta lebih dikenali di sini,”€ kata vokalisnya Ian Kasela.

Konsert anjuran Belbis Sendirian Berhad itu akan bermula 8.30 malam di StarXpo Centre, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur.

Konsert terbabit diadakan sempena rangka promosi single terbaru mereka berjudul Malaikat Cinta.

Kali terakhir band itu mengadakan konsert di Malaysia adalah pada 2006.





Post a Comment

Previous Post Next Post