Penantian dua tahun Ila Damiaa


Selepas dua tahun menanti, penyanyi, Ila Damiaa, 29, gembira dengan kehamilan pertamanya bersama suami, Abg Mohd Sahril Abg Spian, 29.

Menurut Ila, dia sendiri bersedia berkongsi mengenai kehamilannya selepas beberapa bulan mendapat tahu mengenai berita gembira itu.

“Saya dapat tahu mengenai kehamilan ini sejak Januari, namun semalam baru saya bersedia untuk berkongsi apabila kandungan ini nak masuk usia lima bulan,” katanya.

Kata Ila, dia tidak mahu terburu-buru menghebohkan berita gembira itu kerana ada kerisauan dalam hatinya.

“Ini adalah kandungan pertama, jadi ada rasa risau juga kalau saya beria-ia menghebahkannya.

“Keluarga dan saudara mara juga menyarankan supaya saya kongsikan mengenainya dengan keluarga terdekat dahulu,” katanya.





Tambahnya, bagaimanapun dia dan suami bersyukur di samping berkongsi rasa teruja menantikan kelahiran cahaya mata pertama mereka yang dijangka akan dilahirkan pada pertengahan September.

Untuk rekod, Ila dan Sahril diijabkabulkan pada Mac 2016 selepas sembilan tahun perkenalan.

Post a Comment

Previous Post Next Post