Peminat wanita ajak Sufian Suhaimi keluar


Penyanyi Sufian Suhaimi mengaku ada peminat wanita yang menawarkan diri untuk menjadi teman wanitanya.

Bagaimanapun, pelantun popular lagu Di Matamu itu menganggap pelawaan itu sebagai satu usikan manja dalam kalangan peminatnya sahaja.

"Saya akui memang ada wanita yang menawarkan diri untuk jadi teman wanita saya tetapi rasanya itu sekadar usikan peminat sahaja.

"Mungkin mereka mahu melihat saya gembira dan rasa disayangi. Tidak ada yang serius pun," katanya.

Menurut Sufian, dia belum bersedia untuk kembali menyulam cinta walaupun ada wanita yang mengajaknya keluar untuk mengenali lebih rapat.





"Fokus saya sekarang untuk kerjaya semata-mata dalam bidang muzik dan saya tak mahu perhubungan menjejaskan fokus saya sekarang.

"Lagipun lagu Di Matamu mendapat sambutan baik peminat. Saya tidak mahu momentum lagu ini terganggu akibat kisah peribadi," katanya.

Terdahulu Sufian pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Elfira Loy pada Oktober 2017.

Bagaimanapun hubungan mereka putus pada Februari lalu, sebulan menjelang hari pernikahan mereka.

Post a Comment

Previous Post Next Post