Nora Danish, Fasha Sandha pakai pakaian serupa, Kelakar ke tak?


Serupa tapi tak sama! Inilah yang boleh kita katakan apabila penampilan dua personaliti ini menjadi bahan perbalahan netizen kerana mereka memakai pakaian corak serupa.

Ditambah pula hubungan Fasha Sandha dan Nora Danish yang sebelum ini dikatakan agak dingin, persamaan itu boleh menimbulkan rasa jenaka.

Menurut Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 34, dia pernah memakai baju tersebut pada Januari lalu.

Fasha memberitahu dia tidak kisah jika pakaiannya sama dengan orang lain dan meminta netizen yang mempertikaikan tentang perkara itu agar berhenti mengikutnya di laman sosial.


Antara netizen yang mempertikaikan baju Fasha dan Nora sama.

"Obviously saya pakai empat bulan lalu pada Januari ada saja kat Insta saya. Aiyo kalau sama-sama nak pakai pun apa masalahnya.

"Followers oh followers. Tolong unfollow saya boleh? It's okay la kalau sama-sama pakai baju H&M apa salahnya.

"Do some research sebelum komen. Terima kasih," balas Fasha.


Komen balas daripada Fasha.

Kata pelakon drama bersiri Syurga Yang Kedua ini, dia sendiri tidak pernah mempersoalkan mana-mana pihak yang mempunyai baju sama sepertinya.

Fasha turut berharap netizen melupakan perkara yang sudah berlalu kerana dia dan Nora juga sudah meneruskan kehidupan masing-masing.

"Kita tak pernah pertikaikan bila orang pakai baju sama dengan kita. Move on please followers.

"Kami berdua pun sama-sama dah move on. Tolonglah," kata Fasha.






Baju yang sama digayakan Fasha dan Nora.

Bagaimanapun, sebahagian besar pengikut di laman sosial menyokong kenyataan pelakon itu dan menganggap isu baju serupa itu tidak perlu dijadikan satu masalah.

"Kalau sama ke apa ke ada masalah ke? Dalam dunia ini bersepah baju sama. Kalau baju pun jadi masalah susahlah macam ini.

"Apa masalah korang ini baju sama pun nak kecoh. Tak kisah siapa pakai pun. Baju ni kilang buat, jadi sudah tentu boleh jumpa sesiapa pakai. Sama pun apa masalahnya?" komen pengikutnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post