Netizen berdebat adegan Shima Anuar cium suami


Kalau sudah nama artis, buat apa pun akan ada sahaja mata-mata yang memerhati tindak tanduk. Jadi, mahu atau tidak kena terima hakikatlah. Nak dijadikan cerita Diva dapat tahu baru-baru ini pelakon Shima Anuar ada memuat naik video yang memaparkan dia sedang bercumbu dengan suaminya.

Berpuluh ribu yang menonton video tersebut. Makanya, banyak jualah komen-komen daripada pengikutnya. Ada yang menyifatkan tindakan Shima itu romantik. Tidak kurang juga, ramai yang mengatakan Shima tidak sepatutnya berbuat demikian.

Ada netizen yang memberikan pandangan bahawa adegan cium mulut dengan suami itu tidak manis untuk ditayangkan kepada umum. Dakwa mereka, cukuplah untuk simpanan antara suami isteri sahaja.

Diva sangka video itu kemudian akan dipadam selepas ramai yang berdebat hal tersebut, namun nampaknya masih ada lagi dan terus menjadi medan untuk netizen memberikan hujah masing-masing.

Diva pun tak boleh nak komen lebih-lebih. Mungkin tuan punya badan ada alasan tersendiri. Cuma, Diva difahamkan, Shima berbuat demikian sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama. Apapun, Diva nak ucapkan semoga Shima terus berbahagia bersama keluarga tercinta.

Diva: Teman Diva terpanggil seorang selebriti ini dengan gelaran Datuk sahaja, tetapi siap dibetulkan, katanya: ‘Saya Datuk Seri ya’. Oh, rupanya sejenis hadap gelaran.







Post a Comment

Previous Post Next Post