Neelofa promosi ubat peninggi dapat habuan ditegur doktor pakar


Pakar bedah iaitu Dr Amelina Che Bakri menegur tindakan segelintir selebriti Malaysia yang mempromosikan produk berkaitan ubat-ubatan di media sosial mereka.

Dr Amelina, 30, berkata, selebriti berkenaan perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu tentang kandungan sesuatu produk dan kesannya kepada pengguna.

"Sebagai seorang doktor, saya ingin menggalakkan selebriti Malaysia lebih berhati-hati dalam mempromosikan produk di media sosial mereka. Jika anda tidak pasti akibatnya, sila dapatkan nasihat," tulisnya di Twitter pada Rabu.

Doktor pintar yang kini berkhidmat di England ini dipercayai menegur tindakan seorang artis yang didakwa mempromosikan produk ketinggian di laman Instagram miliknya.

Bagaimanapun, posting berkenaan dipadam selepas menerima kecaman daripada netizen.






Perbualan hangat netizen di laman Twitter berkaitan ubat peninggi.

Ia turut menjadi perbualan hangat warga Twitter yang sempat membuat paparan skrin foto berkenaan sebelum ia dipadam.

Rata-rata netizen menganggap ia sesuatu yang tidak wajar dilakukan oleh selebriti berpengaruh seperti pelakon berkenaan.

Dr Amalina pernah melakar sejarah negara dengan mencatatkan keputusan cemerlang 17A1 dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004.

Dalam pada itu, beliau juga meminta para selebriti lebih bertanggungjawab terutamanya dalam mempromosi produk yang melibatkan kesihatan.

"Tolong lebih bertanggungjawab kerana anda mempunyai peminat dan pengikut yang melihat anda, terima kasih," ujarnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post