Nadzmi Adhwa Bukan sebab pernah ditahan polis


Pelakon Nadzmi Adhwa, 26, akui lebih selesa bergerak sendiri selepas tidak lagi berada di bawah mana-mana syarikat pengurusan artis.

Pelakon dikenali melalui drama Namaku Bedah, berkata dia juga lebih mudah membuat keputusan mengenai perjalanan kerjayanya selepas ini.

"Saya merancang untuk sambung belajar ke peringkat sarjana (Master) dalam pengajian Rekaan Grafik di UiTM selepas Syawal depan dan mahu bergelar pensyarah pula selepas ini.

"Saya keluar bukan sebab isu dahulu cuma nak lebih selesa mengurus diri sendiri. Kiranya saya bermula 'fresh' sama seperti saya mula-mula melangkah masuk ke dalam industri dulu," katanya.

Dia menafikan keputusan dibuat susulan pernah ditahan polis kerana penemuan ganja di dalam kereta dinaiki bersama dua rakan pada November tahun lalu.





Sebelum ini, Nadzmi pernah berada di bawah sebuah syarikat pengurusan selama setahun sebelum menghantar notis untuk keluar daripada pengurusan itu pada 27 November tahun lalu.

Pada 27 Mac lalu, dia disahkan tidak lagi bersama mereka dan mendedahkan tidak akan berada di bawah mana-mana syarikat pengurusan artis lain selepas ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post