Jangan suka marah ya Nabila Huda


Baru-baru ini, Diva ada terdengar cerita mengenai aktres berbakat besar, Nabila Huda yang mesra dengan panggilan Abil. Bukan apa, berkerut dahi Diva sebaik mendapat tahu Abil tiba-tiba dilihat marah-marah di laman Instagram miliknya.

Siap panggil orang lain bodoh lagi. Alamak, kenapa pula tu Abil? Kalau diikutkan, Diva dan teman-teman media sudah sedia maklum dengan ketulusan hati Abil terhadap sesuatu perkara.

Jika ada sesuatu yang tidak kena pada matanya, memang bersiap sedia untuk disemburlah jawabnya. Mana mungkin Abil mahu marah-marah jika tidak bersebab, kan Abil sayang? Hehe.

Ada yang beritahu Diva, Abil sebenarnya kecewa dengan tindakan seorang pengurus di sebuah syarikat produksi yang tidak memberikan kata putus selepas dirinya menyatakan persetujuan untuk berlakon di bawah pihak berkenaan.

Bukan apa, sudah tentu ia menyusahkan Abil kerana terpaksa mengosongkan jadualnya yang padat gara-gara tawaran berkenaan, alih-alih senyap sunyi saja tanpa sebarang khabar berita.





Pada masa sama, Abil juga dikatakan kecewa berhubung soal bayaran yang dengar-dengarnya masih murah seperti mana satu dekad sudah. Kalau tak ada bajet, jangan buat drama katanya.

Bersabarlah Abil. Diva memahami kekecewaan Abil. Biasalah manusia memang pelbagai ragam. Insya-Allah, ada rezeki lain satu hari nanti okey.

Tidak manis wanita cantik seperti Abil dilihat marah-marah di laman sosial. Jadi jangan marah-marah ye. Hehe.

Post a Comment

Previous Post Next Post