Fathia Latiff dipanggil SKMM, bantu siasatan


Pelakon Fathia Latiff mendedahkan dia telah diminta untuk tampil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membantu siasatan berkaitan salah guna akaun media sosial.

Pelakon ini mendedahkan notis yang dihantar kepadanya di akaun Instagramnya pada Selasa.

"Saya mahu semua orang tahu apa yang telah mereka lakukan kepada saya. Saya sudah padam Twitter yang lama tidak kemas kini,” tulisnya.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 30, disyaki telah menyalahi seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.





Post a Comment

Previous Post Next Post