Dukun cecah kutipan melebihi RM 10 juta


Filem seram kontroversi, Dukun terbitan Astro Shaw kini mencatat kutipan diluar jangkaan dengan jumlah melebihi RM10 juta hanya selepas 22 hari ditayangkan.

Berita gembira tersebut dikongsi oleh salah seorang pelakonnya, Bront Palare menerusi akaun Twitter miliknya.

“Terima kasih atas sokongan semua,” tulis Bront.

Selain Bront, Dukun turut dibintangi oleh Datin Seri Umie Aida, Faizal Hussein, Namron dan Hasnul Rahmat.

Terdahulu, filem arahan Dain Said yang diperam selama 12 tahun untuk ditayangkan itu telah mencipta viral tersendiri di media sosial apabila menjadikan klip perempuan berkebaya merah sebagai tujuan promosi.





Post a Comment

Previous Post Next Post