Pelakon Azad Jazmin tidak perlu melakukan perkara yang pelik-pelik untuk menarik perhatian peminat mahupun netizen di media sosial, sebaliknya hanya dengan berkongsi aktiviti santainya bersama keluarga.
Kebanyakan video-video dikongsikan Azad disifatkan sebagai menghiburkan dan tidak dirancang sebagaimana yang dilakukan kebanyakan selebriti lain untuk menarik perhatian ramai.
Terbaharu, Azad sekali lagi menarik tumpuan apabila berkongsi sebuah video yang menyaksikan gelagatnya dan anak bertutur bahasa Tamil ketika mempromosikan sebuah program TV.
Anak perempuan Azad, Amarra Sofea Rose dilihat begitu bersahaja dan sekepala dengan bapanya yang suka melakukan aksi-aksi spontan.
Video ini juga menjadi tular apabila ramai netizen yang turut berkongsi dengan menyiarkan kembali di laman social masing-masing.
Tidak ketingalan rakan artis, Izara Aishah yang mengakui terhibur dengan gelagat bapa dan anak ini.
“Terkejut Abang Azad anak dia pun sambut lagutu, Ammaraaaa Cek ni laaaa, you remind me of myself masa kecik, kakak love you baby girl. (Azad speaks fluent Tamil btw, bukan di buat buat) @azadsyazirarose @eirasyaziraofficial ♥,” tulis Izara sebagai kapsyen pada video tersebut.
Rata-rata pengikut Azad di laman sosial memuji dan tidak menyangka anak sulung Azad fasih berbahasa Tamil dan langsung tidak kelihatan kekok menuturkan bahasa tersebut di depan kamera.
Azad mendirikan rumah tangga bersama Iera Syazira pada September 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Amarra Sofea Rose, 6, Ameisya Leanne Rose, 1, dan Areisya Suri Rose, 3 bulan.