Aliff Syukri Harap-harap tak ada yang kecam


Datuk Seri Aliff Syukri menunjukkan rumah mininya.

Semalam, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri telah membawa media menjelajah ke rumah mewah baharunya di Kota Damansara.

Kediaman yang berkeluasan 40,000 kaki persegi ini dikenali sebagai Aliff Syukri Palace mempunyai 30 bilik tidur dilengkapi surau, gim dan bilik kebal.

Aliff menggunakan perabut yang diimport dari Itali, Sepanyol, London dan Jakarta dengan hasil kerja pereka hiasan dan jenama terkemuka dunia.

Bagaimanapun, rumah dengan rekaan Royal Modern Classic itu dirahsiakan jumlah kos keseluruhannya.

Bagi Aliff, niatnya berkongsi kediaman mewahnya ini bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk. Sebaliknya, untuk memberi inspirasi kepada masyarakat.





"Demi Allah saya bukan nak riak. Apa yang saya kongsi ini adalah hasil usaha sepanjang melalui kepayahan hidup, daripada tiada apa-apa sehingga tercapai ini semua.

"Saya mahu orang di luar sana menjadikan ini sebagai inspirasi dan jangan pernah mengalah untuk mengapai impian.

"Harap-harap tak ada yang kecam kerana saya hanya ingin berkongsi yang baik-baik sahaja," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post