Zayn Malik, Gigi Hadid berpisah


Pasangan selebriti popular, Zayn Malik dan Gigi Hadid berpisah selepas lebih dua tahun menjalinkan hubungan cinta.

Berita perpisahan itu diumumkan sendiri oleh mereka melalui laman Twitter masing-masing, lapor BBC News.

"Kami mempunyai hubungan yang sangat bermakna, menyeronokkan dan saling sayang menyayangi.


"Saya sangat hormati Gigi sebagai seorang wanita dan kawan. Dia mempunyai jiwa yang suci," tulis Malik di Twitter.

Malah, bekas ahli kumpulan One Direction ini berharap agar semua peminat dapat menghormati keputusan mereka.





"Saya berterima kasih pada peminat kami kerana menghormati keputusan yang sukar ini selain memberi kami sedikit privasi.

"Saya harap berita ini hadir daripada kami dulu. Kami sayang kamu semua," tulisnya lagi.

Kenyataan Hadid sekali gus mengesahkan lagi berita perpisahan tersebut.


"Kenyataan berpisah selalu dilihat tak masuk akal tapi saya berterima kasih untuk cinta, masa dan hidup Z yang dikongsikan.

"Saya tak mahu apa-apa tapi mengharapkan yang terbaik untuk dia malah akan terus menyokongnya sebagai seorang kawan," tulis Hadid.

Dalam pada itu, sumber berkata, perpisahan dua bintang popular itu berpunca daripada jadual kerja yang terlalu padat.

"Sedih, Zayn dan Gigi harus berpisah. Mereka mempunyai jadual kerja gila yang boleh menyebabkan tekanan melampau dalam mana-mana hubungan," kata sumber pada The Sun.

Post a Comment

Previous Post Next Post